Microsoft Powerpoint dan Pengisian SPA&E-Recruitment

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Jun 2019, Pusat Internet Batang Maro telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint dan Pengisian Pekerjaan secara atas talian melalui SPA dan E-Recruitment. Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada peserta menggunakan Microsoft Powerpoint untuk membuat tugasan yang diberikan oleh guru sekolah. Peserta yang menghadiri kelas ini merupakan pelajar Tingkatan 6 di Kolej Tingkatan 6 Saratok. Selain membantu peserta menggunakan Powerpoint, staff Pusat Internet turut memberi bimbingan untuk mengisi SPA dan E-Recruitment. Diharap pada masa akan datang, kelas sebegini lebih mendapat sambutan dari para pelajar lepasan SPM dan juga belia-belia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali